Wednesday 18 January 2012

Karnival Merakyatkan Keusahawanan 2012 anjuran MARA Negeri Melaka


Dimaklumkan bahawa kami akan menyertai berkenaan selama tiga hari bermula dari 27 hingga 29 haribulan Januari 2012 di Dataran Keris Alor Gajah anjuran MARA Negeri Melaka.  Kami hadir sebagai wakil usahawan dari Kelab Usahawan GIATMARA Melaka.  Booth kami bernombor 73.

Dalam karnival ini, pihak kami akan mempromosikan perkhidmatan yang kami sediakan serta mempamerkan pelbagai jenis langsir, sulaman manik, kraftangan sulaman reben dan tudung.  Selain itu, terdapat pelbagai acara dan program menarik disamping dengan kehadiran artis jemputan seperti Ezad Exist, Jeffrydin, Nash serta Elyana.

Sempena karnival tiga hari ini, kami akan mengadakan kelas asas bagi sulaman reben dan kusyen donat di tapak karnival, beserta harga promosi iaitu RM10.00 untuk sejam (harga asal RM25.00 / jam).  Segala bahan-bahan pembelajaran disediakan.  Bagi sesiapa yang berminat untuk menambah pengetahuan dalam bidang jahitan, temuilah kami di karnival berkenaan.  Nombor khemah dan lokasi akan kami beritahu di blog ini kemudian...