Tuesday 4 December 2012

Latihan 1 Malaysia Giatmara Melaka : Modul Sulaman Manik Asas 3d

Tahniah kepada peserta kerana berjaya menyiapkan modul asas sulaman manik 3d.
Bunga Matahari manik padi, bunga matahari tone dan asas crumble... siap sudah..

Yang bertudung coklat tu sedang belajar atau mengajar? 
Peserta Latihan 1 Malaysia modul asas sulaman manik 3d sedang memanik dengan tekun di Taman Merak Mas Bukit Katil, anjuran Giatmara Bukit Katil.

Wednesday 22 February 2012

Karnival Merakyatkan Keusahawanan 2012 di Dataran Kris, Alor Gajah, Melaka


assalamualaikum...   ini lah  'booth' kami. Alhamdulillah sambutan mengalakkan. Tujuan utama kami untuk promosi kelas jahitan dan kraftangan. Kelas manik segera juga mendapat sambutan... x menang tangan isha nak layan... best sgt2. Hari pertama Aya buka booth dibantu oleh adik.. Isha x dpt dtg coz baby 8 bln demam. Syukur hari kedua & ketiga baby ok...

Wednesday 18 January 2012

Karnival Merakyatkan Keusahawanan 2012 anjuran MARA Negeri Melaka


Dimaklumkan bahawa kami akan menyertai berkenaan selama tiga hari bermula dari 27 hingga 29 haribulan Januari 2012 di Dataran Keris Alor Gajah anjuran MARA Negeri Melaka.  Kami hadir sebagai wakil usahawan dari Kelab Usahawan GIATMARA Melaka.  Booth kami bernombor 73.

Dalam karnival ini, pihak kami akan mempromosikan perkhidmatan yang kami sediakan serta mempamerkan pelbagai jenis langsir, sulaman manik, kraftangan sulaman reben dan tudung.  Selain itu, terdapat pelbagai acara dan program menarik disamping dengan kehadiran artis jemputan seperti Ezad Exist, Jeffrydin, Nash serta Elyana.

Sempena karnival tiga hari ini, kami akan mengadakan kelas asas bagi sulaman reben dan kusyen donat di tapak karnival, beserta harga promosi iaitu RM10.00 untuk sejam (harga asal RM25.00 / jam).  Segala bahan-bahan pembelajaran disediakan.  Bagi sesiapa yang berminat untuk menambah pengetahuan dalam bidang jahitan, temuilah kami di karnival berkenaan.  Nombor khemah dan lokasi akan kami beritahu di blog ini kemudian...