Profil

I SHA  CREATIVE CENTRE diterajui oleh Pn. Isha. Syarikat beroperasi di No. 1, Tingkat 4, Kompleks MARA, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka. I Sha Creative Centre menyediakan perkhidmatan seperti mengadakan kelas jahitan sulaman manik, benang dan reben, langsir, pakaian lelaki dan wanita serta pengantin, set cadar dan tudung ‘awning’. I sha Creative Centre turut menerima tempahan untuk sulaman manik, benang dan reben, langsir, pakaian lelaki dan wanita serta pengantin, set cadar dan tudung ‘awning’.  


Puan Isha menyiapkan tempahan sulam riben

Puan Isha merupakan pemegang Diploma Pertanian dari Universiti Putra Malaysia dan Sijil Kemahiran Tahap 1(Pembuat Pakaian Wanita), Giatmara Kota Melaka sesi julai 2004.

“Seawal usia 16 tahun saya sukarela menjahit langsir beropol bagi menghias kelas 4 Sains, Sek. Men. Tg. Intan Zaharah pada tahun 1991. Alhamdulillah, berkat air tgn dan kerjasama rakan sekelas serta dorongan Puan Hasnah Yaakob guru kelas.. kerap dapat kelas terbersih dan cantik. Customer pertama ialah Puan Rafeah dari Bukit Payong. Percaya tak.. langsir tu saya ikut langsir kakak. Sekarang saya dah boleh jahit langsir lebih 40 paten.. Biasanya mak andam atau customer tunjuk gambar je. Saya reka la. Nak tahu bagaimana saya pertingkatkan ilmu jahitan langsir ni, jumpa saya di kelas-kelas anjuran saya ” .

Sampel manik I Sha Creative Centre
Puan Isha juga merupakan peserta terbaik bagi kursus Sulaman Manik anjuran KKLW pada 2007.

“Sebelum mengikuti kursus , saya boleh buat sulaman manik… cuba-cuba sendiri tetapi paten yang terhad sahaja. Malah tidak berminat untuk menerima tempahan kerana merasakan terlalu rumit dan buang masa… Alhamdulillah, kini saya telah melahirkan suri rumah yang boleh menjana pendapatan dari rumah. Lebih membanggakan saya ada yang menerima upah mencecah rm 350 bagi sepasang baju.